Saturday, November 14, 2009

Luas pandangan dalam perjalanan mengharap redho-MU ilahi...


Sikit sebanyak aku cuba imbas kembali....
perjalanan ziarahku ditempat adikku belajar di Aden,Yaman selatan,
Lebih kurang sebulan lebih aku tiba di yaman, aku, anam, rafie dan arif, kami merancang untuk ziarah dan berjalan ke Aden dan Hadhralmaut, berbetulan memang aku ingin ziarah adik aku yang datang lebih awal dariku yang sedang belajar di Aden,

Begitu mencabar liku perjalanan kami, desa kampung, celah curam dan lereng bukit lah haighway perjalanan kami meju destinasi…
setibanya kami disana, kami disambut baik sebagai tetamu di situ selama 3hari, sempatlah berkenalan dengan sheikh dan pelajar-pelajar di situ…..

Boleh dikatakan tempat tumpuan juga la Aden ni, bezanya dengan san’aa tempat aku belajar ni cuma san’aa ni takda pantai saja, itu dari sudut tarikan tumpuan orang…..dari sudut alim u’lamanya insyALLAH sama….

keesokannya...

Pantai tempat pertama kami melepas gian dan rindu..rindukan siulan angin yang menyegarkan dan air masin pantai,

kurang lebih hampir 4jam kami disitu,, tanpa dirancang kami dibawa meronda sekitar pantai dengan bot sewa sebagai salam perkenenalan kami dengan pantai Aden…………


Bumi Hadhramaut sebagai destinasi kedua……






simpang
siur perjalanan
ke Hadhramaut...









Di Malaysia dulu bila sebut san’aa memang kebanyakan orang tak mengenali, tapi ‘hadhralmaut’ ni terkenal la, teringin nak menjenguk…..
itu la hidup ini singkat saja,akhirnya sampai juga aku ya..

Ramai pelajar Malaysia disana, gembira campur seronok rasa hati walaupun panas cuacanya sedikit rimas, kedatangan kami ini seolah-olah diundang, tak ada la istilah segan malu dan terasing, maniskan ukhuwah islamiah……...


kesempatan yang ada semua tempat disana sempat kami ziarah, antaranya pusat pengajian Darulmustofa, ribat tarim dan banyak lagi, tak terlepas meminta suntikan semangat dan nasihat dari mashayikh sana..…..segala puji-pujian hanya pada-MU Ya ALLAH…….

Perjalanan pulang……..
Penghujung rancang ziarah kami diubah oleh DIA-Yang Maha Penentu….kami tangguhkan perjalanan balik ke san’aa atas masaalah yang tak diketahui puncanya, semua syarikat bas seolah-olah merancang tak mahu jual tiket pada orang luar, entah la.…….tu la negeri orang….


Tapi ALLAH Maha Adil,, kebetulan ada rombongan pelajar Thailand dan Malaysia nak ke san’aa, kami diajak atas sebab kekosongan yang berbaki..


Yang menariknya laluan hala balik , kami diizinkan-NYA singgah ditempat-tempat tapak sejarah, antaranya tapak istana balqis, tapak bandar kaum Saba’ dan empangan kaum saba’……

Tapak sejarah istana balqis...walaupun beribu tahun lamanya, tapi masih dipelihara sebagai pengajaran bagi yang memerhati......Tak menyedari keleletihn dek indah permandangan bahang padang pasir menghiasi sisi perjalanan pulangku ke pangkuan san’aa……..

Ya ALLAH....kuatkanlah hati hamba-MU ini didalam naungan maghfirah dan Rahmat-MU......

No comments:

Post a Comment