Saturday, November 14, 2009

Selayang pandang dibumi Yaman......

“law samahta..huna,” terkejut aku ditegur seorang pemuda, tambah pula semua mata di dalam bas itu memerhati aku, apa salah aku ya?? Tanpa banyak soal, aku mencelah dalam himpitan penumpang bas itu terus pindah ke belakang yang berbaki 1 ruang duduk..
“Kaif halak,” “Alhamdulillah, ”jawabku ketika ditegur seorang pakcik di sebelah aku, Sambil kami berbalas senyuman, riak mukanya seolah-olah ingin beramah dengan aku.



Aku cuba beranikan diri walaupun aku baru hampir sebulan sampai di bumi Yaman, masih lemah bahasa pertuturan arab, sedikit sebanyak yang aku dapat tangkap., rupa-rupanya pakcik ni bukan orang san’aa, orang hudaidah yang jaraknya dengan san’aa 4 jam perjalanan,baru 3 tahun bekerja di san’aa..

perbualan kami terhenti, sehingga sampai tempat tujuan pakcik itu, kata salam seiring senyuman sebagai penutup perkenalan ringkas kami, kawan-kawan kata kalau nak cepat bahasa arab kena lah beramah dengan arab, tapi biar penuh hikmah.



baru tersedar.....
aku terpandang dikerusi hadapan, kerusi yang awal aku terduduk tadi, oh rupanya ada perempuan di tepi sekali, mungkin penat dan masuk van dalam keadaan tergesa-gesa, tak perasan aku, mungkin tahu tapi mengendahkan...
tersentak seketika,


baru aku tahu jawapannya, kenapa aku di suruh pindah ke belakang , ihtiramnya mereka pada wanita, sehingga ke penghujung perhentian kerusi sebaris wanita itu dibiarkan kosong disebabkan tak ada penumpang wanita yang menahan bas kami ini….


suram senja di babul yaman ( kota lama yang penuh sejarah)





IMAN DAN HIKMAH BUMI YAMAN


Dari abu hurairah, : bahwa Rasulullah shallallhu ‘alaihi wasallam bersabda :
“telah datang penduduk yaman, ( lunak dan lembut hati mereka ), iman itu Yaman fiqh itu Yaman, ( hikmah itu yaman ) [Hadis Riwayat Muslim]


Sekiranya kita cuba bertanya pada sesetengah masyarakat yaman, ada mereka yang mengatakan iman dan hikmah itu hanya ada pada zaman para nabi dan sahabat dulu, tapi ada juga yang mengakuinya.,

Kita semua tahukan kalam nabi S.A.W bukan tercetus dari hawa nafsu sendiri, ia adalah wahyu dari Allah untuk kekasih-NYA sebagai panduan untuk kita..
kalau dinisbahkn dari zaman nabi dengan zaman kini seaksara hitungan pada perbezaan lahiriahnya, tapi tak terbanding tingginya himmah keperibadian pada iman dan hikmah para sahabat ketika itu.’


Walu baru setahun di sini, bagi pandangan saya yang memerhatikan,bumi yaman padanya iman dan hikmah itu ada, walau dicelah-celah rimbunan semak samun pepohon masyarakat, tersamar jelasnya akibat zaman, masa dan manusia yang sentiasa menuntut perubahan,
Semampu yang kita katakan hanya pada apa yang terlihat dari mata insan yang penuh kekurangan, hakikatnya disisi Ilmu dan Rahsia Allah, kerana Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu….
Wallahu a’lam…..

Udara segar lagi mnyejukkan dipersekitaran lembah penuh barokah U.iman,,insyALLAH......

bersama sahabat seperjuangan, Abd hadi abd majid..

No comments:

Post a Comment