Friday, March 5, 2010

Mohon maaf

Terlalu lama terbiar blog ni, tp tak smestinya mati terus..
gayanya masih mampu dihidupkan lagi, terpulang pada tuannya kan..

alang-alang mahu dihidupkan biarlah diceritakan sebab-sebab ber"ghubar"nya blog ni..

pertamanya; masaalah semangat yang tak kesampaian, ini memang sering berlaku pada sesiapapun, istilah kasar nya "suam-suam taik itik gitu".

keduanya; masa, tapi tak dinafikan masa lebih pada cukup untuk apa jua perjalanan hidup seseorang itu, cuma perlu bijak untuk mengaturnya sahaja, malah terkadang terkejar-kejar masa, alasannya tak menyediakan masa untuk itu.

ketiganya; keterlupaan terhadap password, hehe ni yang menjadi masaalah besar, bagaimana mahu masuk ke rumah kalau terlupa atau hilang kuncinya, apatah pula rumah yang ber''aircond' ni, lain la rumah yang digelar ' teratak tua dihujung kampung '.

Tempoh kehilangan

Selama tempoh kesepian ni banyak perkara yang berlaku pada kehidupan aku diperantauan, ya sudah pasti ada asam garamnya..
mungkin hati sedikit tenang apabila sering berkongsi cerita atau pengalaman hidup bersama sahabat handai, teman seperjuangan mahupun orang ramai..

perkara yang paling aku gembira yang nak dikongsikan ialah kedatangan ibuku ke bumi Yaman ini, tempat aku menuntut dan menghirup seribu keberkatan pada bumi yang ada sejarah kenabian dan para sahabat yang di redhoi Allah SWT… [ Semoga perjalananku ini diredhoi Allah SWT… ]
terkadang gmbira itu selepasnya sedih, lumrah kan..
Ada perkara yang sedih untuk dikongsi jua, aku menerima khabar kembalinya temanku kepangkuan Ilahi, saudara shahidan bin omar ,sahabat seperjuanga ketika belajar d Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmatnya..

ingin dikongsi jua berita yang agak gembira tapi ada dukanya, yaitu aku lulus naik tahun 2 tapi masih terbawa juga satu pelajaran yang berat, madah hafalan Al-quran, agak berat lbih kurang 7 jzuk, bla naik thun 2 btmbah lg hafalannya...

insyAllah semoga Allah kuatkan perjalanan aku dibumi Yaman ni, dengan harapan doa dari keluarga dan para sahabat yang mengenali diri ini dan jua penziarah dalam blog ini..
Amiennnn Ya Robbi,,,,

No comments:

Post a Comment