Susah benar untuk konsisten dalam penulisan untuk di post ke blog ni.. entah la ni mungkin masaalhnya dari tuan punya blog,
yang menjadi susahnya apabila tak menyediakan waktu yang sesuai untuk menulis,
bila ada waktu, idea pula yang harus diperah, biar yang bersesuaian bagi pembaca.
Apapun yang pasti blog yang banyak kekurangan ini hanya cermin pengalaman yang agak kabur untuk dikongsi bersama, dan juga sebagai tatih awalan bagi empunya,
Sama-sama membantu untuk menggilapnyai..
Pantulan diri pada cermin renungan
"apa aku buat sebenarnya??, memikirkan kaki ini jauh dari bumi tanah tumpah darahku,
keluhku dalam renungan sambil melerakan badan menyapa lembut ke tilam, harus perlahan kerana ada orang tidur di katil ibawah..
sedar atau tak, sudah masuk tahun yang ke2 aku berada di negara orang, bumi arab Yaman.
"cepat masa berlalu atau aku yang terlalu lalai untuk masa..??? ''
"Luqman ya?'' terkejut aku, mungkin dia terjaga ketika aku naik tadi, '' ya'' jawabku ringkas. "jam berapa ya?anta tak ke kantin?", "udah telat kalau ke kantin sekarang, hampir jam12 ni", jawabku dengan nada perlahan.
itulah Marzumi, antara sahabat aku dari Indonesia, ada juga pelajar Arab dan Somalia yang sebilik dengan aku,
perbualan ringkas kami terhenti, sunyi menyapa lagi, memaksa aku merenung.
---------------------------------------------
Atas kerelaan diri yang menempah untuk bertapak di bumi yaman ini, bukan suruhan mahupun paksaan
Mendalami agama menjadi niat asal, kerana itu juga yang membawa aku sehingga bertapak ditanah Arab ini..
Seharusnya sudah jelas niat perjalanan sebenar apatah pula merelakan diri untuk mendalami bidang agama, agama yang suci lagi tinggi, dan sering silih berganti pembelanya mewarisi tugas rasmi utusan Allah swt
Apabila direnungkan pada diri ini, hanya sekelumit usaha di bahagikan pada tugas besar dan mulia disisi Allah swt, yang berbakinya di biarkan pada keseronokkan yang boleh dapati di tempat dan ketika yang lain atas kadar yang tertentu.
seronok dalm lingkungan disini mungkin gurau senda yang terlalu berlebihan bersama kawan-kawan dan mungkin ada juga sering memanaskan bangku kerusi di kedai internet, atau perkara yang sama waktu dengannya.
semestinya ' keseronokkan' harus ada dan sentiasa ada, di anggap sebagai asam garam yang diperlukan bagi mencukupi resepi perjuangan, cuma kadar dan sukatannya harus di teliti supaya tidak berlebihan rasanya.
……
Aku mahu apa mereka inginkan, dalam masa yang sama aku takut apa yang mereka harapkan, keluargaku yang tercinta…